Luluh hati ini takkala melihat wajah anak kecil ini, melihat keadaannya berkaca mata admin sambil menulis artikel ini, mana tidaknya adik Muhd Harith Qusyairi Bin Muhd Helmi menghidapi enam penyakit kronik dan amat-amat memerlukan bantuan.
Berdegup laju jantung ini apabila mengetahui dari sahabat sukarelawan Puan Natipah Abu yang doktor meramalkan jangka hayat adik Harith adalah mampu bertahan tiga tahun.
Menurut cerita Puan Natipah, beliau telah melawat Harith baru-baru ini di mana anak kecil ini baru dibenarkan pulang ke rumah selepas dikatakan usia anak ini banyak dihabiskan di hospital Pulau Pinang.
Harith semasa baru dilahirkan
Anak kecil ini berusia satu tahun tiga bulan telah dibenarkan keluar hospital dua bulan lalu tetapi setiap bulan dibawa kembali ke hospital untuk rawatan di mana setiap kali rawatan perbelanjaan melibatkan kos kira-kira RM2000.
Sekali rawatan RM2000? sedangkan ayahnya hanya seorang penjawat awam biasa yang sekali rawatan sudah habis gajinya sebulan dan bagaimana mereka perlu melalui semua ini demi kelangsungan hidup anak tercinta.
Untuk mengharungi hari-hari mendatang anak kecil ini perlu bergantung hidup kepada tiga buah mesin iaitu mesin nebulizer untuk mencairkan kahak dan menyedut air liur, mesin suction untuk menyedut kahak dan mesin infusion pump untuk menyusu.
Allahhuakbar..besar sungguh dugaanmu anak kecil.
Mesin infusion ini harus dibiarkan hidup 24 jam dan wayar untuk menyusu juga kekal di dalam mulutnya. Wayar ini sangat halus kerana kuantiti susu tidak boleh terlalu banyak.
Mesin suction ini telah disumbangkan oleh baitulmal manakala dua mesin lagi adalah hasil sumbangan orang ramai. Selain Baitulmal beliau masih belum menerima apa-apa bantuan dari mana-mana badan.
Sungguhpun doktor tidak membari harapan untuk anak ni hidup lebih lama namun ibu bapa mana tidak sayang anak? sudah pasti yang terbaik ingin dilakukan untuk memastikan harapan anak kecil ini hidup lebih lama lebih-lebih lagi harith adalah anak tunggal kepada Puan Nor Hamila.
Hidup paling lama tiga tahun? itu semua ramalam dari pakar tetapi kuasa Allah melebihi segala-galanya.
Kepada sesiapa yang ingin membantu adik Harith ini bolehlah salurkan sumbangan ke:
7613 2110 66 CIMB
NOR HAMILIA ABU SEMAN
Atau hubungi puan Hamalia di talian 0195575679
Bantulah adik ini demi ruang yang lebih luas untuk dia membesar dan mengenal dunia kerana inilah bakal pelapis kepimpinan masa depan negara kita.
Bersama-sama kita mendoakan kesihatan adik Harith semakin dan cepat pulih seperti kanak-kanak biasa. Setiap amalan baik kita pasti ada balasan yang besar daripada Allah SWT. - Siakapkeli.my