Demi Harga Diri, Lelaki Ini Tidak Mahu Meminta Sedekah Untuk Tampung Hidupnya Dan Ibu
CHINA: Tindakan seorang anak yang cacat menyuap nasi kepada ibunya yang uzur telah mendapat perhatian orang ramai dan media di negara berkenaan.
Apa yang dilakukan oleh Chen Xinyin ini sungguh meruntun perasaan orang yang melihatnya, walaupun dia cacat Chen mampu untuk bekerja dan menjaga ibunya yang berusia 91 tahun,
Lelaki tabah yang berumur 48 tahun ini yang melakukan segala aktiviti menggunakan kaki ini termasuk menjaga ibunya yang lumpuh dan dilihat ibunya kini semakin lemah dari hari ke hari.
Beliau merupakan seorang petani tradisional di mana dengan kecacatan ini di boleh melakukan aktiviti harian seperti memasak, menanam sayur-sayuran dan memelihara kambing.
Chen menjadi kudung selepas tangannya terkena renjatan elektrik ketika dia berusia tujuh tahun. Sejak itu dia terpaksa melakukan semua perkara dengan menggunakan kaki.
Bapanya telah meninggal dunia sejak 28 tahun lalu manakala abangnya pula telah meninggalkan kampung berkenaan menyebabkan tanggungjawab menjaga ibu kini hanya bergantung kepadanya.
Pernah seorang jirannya menyarankan agar Chen meminta sedekah namun selain kerana harga diri, Chen menolaknya kerana memikirkan mengenai ibunya.
Walaupun dilihat serba kekurangan tetapi Chen sebenarnya adalah orang yang paling senang untuk jiran-jiran meminta tolong. - Siakapkeli.my