Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hazami Minta Henti Sebar Berita Palsu Dan Khabar Angin Yang Dia Sudah Meninggal

13 Ogo 2015
No Comment


Siapa yang tidak terkejut dan kecewa apabila sedang sakit terlantar dihospital tiba-tiba dikejutkan dengan berita palsu bahawa dia sudah mati sedangkan tuan punya badan masih lagi hidup.

Itulah yang berlaku kepada penyanyi Nor Kamal Hazami bin Ahmad ,40, atau lebih dikenali sebagai Hazami apabila beberapa blog kecil dilihat cuba mencari publisiti dengan menyebarkan cerita palsu tanpa memikirkan perasaan tuan punya badan.

Blogger-blogger ini dilihat telah menyebarkan berita kononnya Hazami telah meninggal dunia menyebabkan Hazami sendiri mengalami tekanan kerana penyebaran berita palsu berkenaan.


Assalamuailakum.Saya Nor Kamal Hazami bin Ahmad @ HAZAMI bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk...
Posted by Hazami on Wednesday, August 12, 2015


Minggu lalu, penyanyi yang popular dengan lagu Sonata Musim Salju ini telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Pusat Perubatan Tropicana selepas disahkan mengidap penyakit Diverticular (komplikasi berkaitan usus) namun dimaklumkan keadaannya semakin sehat.

Memetik laporan mStar Online, pengurusnya Aszuad Zakaraia berkata, Hazami berasa sedikit terganggu dengan tuduhan itu selepas dia menerima banyak panggilan telefon yang ingin mengetahui kesahihan berita itu.


“Hazami agak tertekan dengan tuduhan tidak benar itu dan meminta orang ramai tidak mempercayai khabar tersebut,” katanya.

Menurut Aszuad lagi, keadaan Hazami kini semakin pulih di mana dia telah dibenarkan keluar daripada pusat perubatan berkenaan pada tengah hari Rabu.

Dia kini tinggal bersama ibunya di Gombak dekat sini dan masih dalam pemerhatian doktor.

“Alhamdulillah… Hazami menunjukkan perkembanhan positif dan dia juga kelihatan agak ceria. Ketika ini doktor minta agar dia menjaga pemakanannya,” kata Aszuad. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "