Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hanya Kerana Mahu Kereta Model Baru, Anak Jutawan Bakar Kereta Ferrari 458 Italia Miliknya

13 Ogo 2015
No Comment


JERMAN: Seorang remaja lelaki yang merupakan anak jutawan sanggup mengupah tiga orang lelaki untuk membakar kereta mewah Ferrari 458 Italia miliknya yang bernilai £150,000 hanya kerana mahu kereta Ferrari model terbaru.

Dia dikatakan berbuat demikian kerana berharap akan mendapat pampasan daripada pihak insuran bagi membolehkannya membeli kereta Ferrari  Speciale bernilai  £200,000.

Bagaimanapun tindakan menipu lelaki berumur 20 tahun itu akhirnya berjaya dikesan apabila rakaman litar kemera tertutup (CCTV) mendedahkan semua komplot yang telah dirancang bersama tiga orang lelaki yang berasal dari itu.


Media tempatan melaporkan, lelaki berkenaan telah meletakkan kereta mewahnya itu dihadapan rumah urut dan dia telah masuk ke dalam rumah urut berkenaan bagi mendapatkan alibi dia tidak terlibat dalam kejadian berkenaan.

Selepas beberapa ketika dia masuk ke dalam rumah urut tersebut, tiga orang lelaki yang diupah tadi telah dpergi ke arah keretanya dan membakar kereta mewah tersebut.

Bagaimanapun tiga pemuda tersebut berjaya ditangkap menyebabkan kegiatan lelaki berkenaan untuk menipu mendapatkan insuran terbongkar.

Lelaki itu kini sedang menjalani tempoh percubaan selama 22 bulan selepas diikat jami dan tiga lelaki yang membakar kereta tersebut dikenakan perintah sama bagi tempoh antara 14 hingga 16 bulan setiap seorang. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "