Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Buku Berjudul "Dosa-Dosa Mahathir" Penulisan Syed Hussein Alattas Dilancar di Janda Baik

13 Ogo 2015
Syed Hussein Alattas (gambar kecil) dan Dr Mahathir

Sebuah buku yang bertajuk "Dosa-Dosa Mahathir" yang berkisar mengenai kegagalan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamand sepanjang 22 tahun beliau menjadi perdana menteri.

Buku itu ditulis oleh penulis politik veteran, Syed Hussein Alattas dan akan dilancarkan di kediamannya di Janda Baik Pahang hari ini.

"Ini saya punya kerja. Kita ini penulis, kita dokumenkan apa yang berlaku. Mahathir ini dia jadi perdana menteri selama 22 tahun dan dia gagal.

"Tiba-tiba sekarang ini dia mengigau. Dah nyanyuk kot," katanya memetik laporan MalaysiaKini.

Ketika ditanya sama ada buku tersebut sebagai satu tanda sokongan kepada Datuk Seri Najib, Syed Hussein berkata dia sebagai penulis tidak mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri itu.

Kata Syed Hussin lagi, beliau hanya merekodkan segala yang terjadi sepanjang 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Pada zaman pemerintahan Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, sebuah buku yang bertajuk "50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM" pernah dikeluarkan sehingga menyebabkan reputasi Anwar Ibrahim yang ketika itu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri jatuh. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Elok la jgk,biar public tahu apa kekurangan Tun M.. Kita asyik disogokkan berita yg molek3 belaka terutamanya dizaman beliau,media 'mati'sama sekali. Dan saya hidup dizaman beliau yg penuh korupsi dizamannya. Penyalahgunaan badan kehakiman dan kezaliman beliau menggunakan ISA sbg alat ampuh beliau yg dpt bertahan selama 22 tahun.Sebab itu saya tak hairan kalau beliau dpt bertahan sampai 100 tahun sekalipun!! Pendedahan anak2 beliau yg boleh kaya mengejut adalah perlu didedahkan. Tapi yg peliknya skrg beliau berkata dgn ego zamannya tiada korupsi... Mmg lawak antarabangsa org tua ni!!! ⚡ Saya berani mengatakan pemerintahan Tun.M lebih teruk dari skrg..!!! ⚡ 💀

    BalasPadam
  2. Elok la jgk,biar public tahu apa kekurangan Tun M.. Kita asyik disogokkan berita yg molek3 belaka terutamanya dizaman beliau,media 'mati'sama sekali. Dan saya hidup dizaman beliau yg penuh korupsi dizamannya. Penyalahgunaan badan kehakiman dan kezaliman beliau menggunakan ISA sbg alat ampuh beliau yg dpt bertahan selama 22 tahun.Sebab itu saya tak hairan kalau beliau dpt bertahan sampai 100 tahun sekalipun!! Pendedahan anak2 beliau yg boleh kaya mengejut adalah perlu didedahkan. Tapi yg peliknya skrg beliau berkata dgn ego zamannya tiada korupsi... Mmg lawak antarabangsa org tua ni!!! ⚡ Saya berani mengatakan pemerintahan Tun.M lebih teruk dari skrg..!!! ⚡ 💀

    BalasPadam
  3. Elok la jgk,biar public tahu apa kekurangan Tun M.. Kita asyik disogokkan berita yg molek3 belaka terutamanya dizaman beliau,media 'mati'sama sekali. Dan saya hidup dizaman beliau yg penuh korupsi dizamannya. Penyalahgunaan badan kehakiman dan kezaliman beliau menggunakan ISA sbg alat ampuh beliau yg dpt bertahan selama 22 tahun.Sebab itu saya tak hairan kalau beliau dpt bertahan sampai 100 tahun sekalipun!! Pendedahan anak2 beliau yg boleh kaya mengejut adalah perlu didedahkan. Tapi yg peliknya skrg beliau berkata dgn ego zamannya tiada korupsi... Mmg lawak antarabangsa org tua ni!!! ⚡ Saya berani mengatakan pemerintahan Tun.M lebih teruk dari skrg..!!! ⚡ 💀

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "