Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Saya Akan Cari dan Saman Mereka Yang Sebar Khabar Angin Palsu - Zeti Aziz

13 Ogo 2015
No Comment


KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hari ini memberi amaran bahawa beliau akan mencari dan mendakwa mereka yang menyebarkan khabar angin yang tidak benar berkenaan dirinya dan 1MDB.

"Tuduhan terhadap bank ini dan saya secara peribadi adalah tidak benar, " kata beliau.

"Kebanyakan dakwaan ini dibuat oleh orang-orang yang tidak dikenali. Kita akan berusaha untuk mengenal pasti siapa mereka dan mengambil tindakan undang-undang selanjutnya ke atas mereka.

"Pada masa ini kita tidak tahu siapa mereka. Kami mempunyai beberapa idea-idea, petunjuk susulan tentang siapa mereka, tetapi setakat ini namanya tak diketahui," katanya memetik laporan mStar Onlne.

Mengulas tentang AS$700juta (RM2.8 billion) yang telah didepositkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Zeti berkata beliau hanya boleh bercakap dalam batas undang-undang.

"Jika tidak, sebaik sahaja saya melangkah keluar dari pintu ini, saya akan ditangkap kerana bercakap mengenai akaun individu. Saya pasti anda tidak mahu ia berlaku," katanya berjenaka.

"Oleh kerana siasatan ke atas 1MDB sedang berjalan, kami telah berkongsi maklumat yang kami ada berkaitan mana-mana akaun yang relevan kepada pihak penguatkuasa.", kata Zeti - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "