Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

GAMBAR & VIDEO: Dengan Sekali lafaz. Abby Abadi Sah Bergelar Isteri Kepada Wartawan Harakah

14 Ogo 2015
No Comment


Pelakon dan bekas anggota kumpulan Elite, Arbaiyah Abd Manan, atau lebih dikenali sebagai Abby Abadi kini sah bergelar isteri kepada wartawan Harakah, Muhammad Faizal Zakaria sebentar tadi.

Dengan sekali lafaz, pasangan 'bagai pinang dibelah dua' ini telah selamat diijapkabulkan pada jam 3:30 petang tadi selepas solat Jumaat di mana mengambil keberkatan penghulu segala hari di Masjid As-Sobirin di Keramat, Kuala Lumpur.



Pasangan ini dinikahkan oleh Iman Masjid As-Sobirin, Osman Daud dan berwalikan bapa pengantin perempuan, Abdul Manan Tadin.

Abby,38, menerima mas kahwin sebanyak RM300, senaskhah Al-Quran sebagai pengganti wang hantaran, dan sembilan dulang berbalas 11 dulang barangan hantaran kepada pengantin lelaki.

Perkahwinan ini ialah merupakan perkahwinan ketiga Abby setelah rumah tangganya bersama Aktor Norman Hakim dan  Muhammad Noor Farhan Che Bakar gagal.

Hasil perkongsian hidup bersama Norman Hakim mereka telah dikurniakan tiga orang anak.


Denga sekali lafaz, @abby_abadi112 sah menjdi isteri kepada Muhammad Faizal Zakaria pada jam 3.30ptg di Masjid As-Sobirin Keramat. Kami doakan pasangan ini akan menemui bahagia.. Semoga perkahwinan ini kekal hingga ke Jannah. Kami daripada team Hlive ingin mengucapkan tahniah kepada kedua mempelai. Hos lokasi ; @aliffarhan_jr #hlive #hliveupdate #JaiAbby
Posted by HLive on Friday, August 14, 2015

Apapun kami doakan agar hubungan yang dibina ini akan bahagia, dirahmatiNya dan berkekalan sehingga anak cucu. - Siakapkeli.my

Sumber gambar dan video: HLIVE!
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "