Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Letupan Gemparkan Orang Ramai Dan Anggota Polis Di Bukit Aman

14 Ogo 2015
No Comment


Kira-kira jam 2:10 petang tadi, anggota polis dan orang ramai yang berada di kawasan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dikejutkan dengan bunyi letupan kuat.

Kejadian dikatakan berlaku di bilik pengawal di pintu utama bagunan pejabat Polis Di Raja Malaysia berkenaan di mana letupan berkenaan menyebabkan berlaku percikan api.


Memetik laporan The Rakyat Post  kejadian ini dipercayai berpunca daripada litar pintas di bahagian pendingin hawa dan menyebabkan letupan.

“Anggota yang bertugas memadamkan kebakaran dengan menggunakan alat pemadam api bagi mengelakkan api merebak.

“Keadaan dapat dikawal dengan cepat dan tiada kecederaan dilaporkan,” kata seorang pengamal media yang berada di tempat kejadian.

Susulan kejadian tersebut, pihak media masih menunggu kenyataan rasmi dari pihak PDRM tentang kejadian ini bagi memberi laluan kepada naggota untuk membersihkan tempat kejadian dahulu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "