Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar) 11 Jenis Resepi Bubur Manis Untuk Juadah Berbuka Puasa, No.9 Paling Sedap, Paling Senang Buat

26 Mei 2018

Bila tiba bulan Ramadhan, bubur lambuk antara juadah paling laris dijual.  Tak sah rasanya kalau tak menjamah bubur lambuk sekurang-kurangnya sekali.

Tapi, selain bubur lambuk, bubur lain juga tidak kurang hebatnya.  Pelbagai jenis juadah bubur, samada bubur berlauk ataupun bubur manis dijual di bazar ramadhan.

Pun begitu, bubur yang dibeli tak sama rasanya dengan bubur yang dibuat sendiri kan?  Apa kata kalau kita cuba salah satu resepi bubur dibawah untuk hidangan berbuka puasa hari ini.

Mesti sedap makan ramai-ramai.  Kalau tak habis, boleh bawa ke sahur.  Tak rugi.  Jom tengok resepi dibawah!

BUBUR CACA



Bahan-bahannya:

200 gm gula
100 gm tepung bubur caca berwarna
50 gm sagu biji
700 ml santan (dari sebiji kelapa)
1 helai daun pandan

Cara-caranya:

  • Masakkan tepung bubur caca dan sagu biji dalam air mendidih hingga kembang. 
  • Setelah hampir kering, masukkan gula. 
  • Masukkan santan dan daun pandan. 
  • Kacau selalu dan masak hingga mendidih. 
  • Kemudian angkat. 
  • Enak dihidangkan panas atau sejuk

BUBUR SAGU DAN JAGUNG



Bahan-bahannya:

  • 2 biji jagung, diambil isinya
  • 1 biji kelapa, ambil santannya
  • 200 gm gula
  • 50 gm sagu biji

Cara-caranya:

  • Jagung, sagu biji dan gula di masak dengan santan cair. 
  • Setelah sagu agak kembang masukkan santan pekat sambil dikacau hingga masak. Angkat.

BUBUR KACANG BERDURIAN



Bahan-bahannya:

  • 150 gm kacang hijau
  • 150 gm gula
  • 50 gm gula kabung
  • 1 biji kelapa, ambil santannya
  • 1 helai daun pandan

Cara-caranya:

  • Kacang direbus hingga kembang. 
  • Masukkan gula kabung dan gula pasir. 
  • Masak hingga gula hancur. 
  • Akhir sekali masukkan santan dan durian. 
  • Jangan kacau terlalu kuat. 
  • Angkat setelah mendidih.

BUBUR KACANG MERAH



Bahan-bahannya:

  • 300 gm kacang merah, direndam semalaman
  • 250 gm gula
  • 2 biji kelapa, ambil santannya

Cara-caranya:

  • Rebus kacang merah hingga lembut. 
  • Masukkan gula dan santan. 
  • Kacau hingga mendidih dan angkat.

BUBUR LABU DAN KELEDEK



Bahan-bahannya:
  • 1 biji keledek, potong dadu
  • 1//2 biji labu, potong dadu
  • 1 biji kelapa, ambil santannya
  • 200 gm gula
Cara-caranya:
  • Rebus keledek dan labu hingga sedikit lembut. 
  • Masukkan gula dan masak gula hingga larut. 
  • Akhir sekali barulah dimasukkan santan dan kacau hingga mendidih.
BUBUR PULUT HITAM



Bahan-bahannya:
  • 200 gm gula pasir
  • 150 gm beras pulut hitam
  • 2 biji kelapa
  • sedikit garam
Cara-caranya:
  • Kelapa dijadikan satu cawan santan pekat dan selebihnya santan cair. 
  • Masukkan garam ke dalam santan pekat dan kacau hingga sebati. 
  • Pulut direbus hingga kembang. 
  • Masukkan gula dan masak lagi hingga betul-betul kembang. 
  • Masukkan santan cair dan masak hingga mendidih. 
  • Ketika menghidang masukkan bubur ke dalam mangkuk. 
  • Ambil 2-3 sudu besar santan pekat dan tuangkan ke atas bubur.
BUBUR GANDUM



Bahan-bahannya:

  • 300 ml santan cair
  • 150 ml santan pekat
  • 150 gm biji gandum (direbus)
  • 100 gm gula melaka
  • 30 gm sagu biji
  • 50 gm gula pasir
  • 1 helai daun pandan

Cara-caranya:
  • Didihkan santan cair, gula melaka, sagu biji dan daun pandan. 
  • Apabila sagu masak, masukkan gula pasir, gandum dan santan pekat. 
  • Biarkan ia mendidih selama 2 minit dan hidangkan.
BUBUR BEBOLA KELADI



Bahan-bahannya:
  • 50 gm keladi
  • 30 gm tepung pulut
  • 100 gm santan kelapa
  • 30 gm gula melaka
  • 1 helai daun pandan
Cara-caranya:
  • Rebuskan keladi sehingga masak. 
  • Lecekkan keladi dan campurkan tepung pulut hingga sebati. 
  • Bentukkan ia menjadi bebola mengikut saiz yang dikehendaki. 
  • Panaskan air sehingga mendidih dan celurkan bebola sehingga masak. 
  • Panaskan santan, gula melaka dan masukkan daun pandan, kacau sehingga mendidih menggunakan api sederhana. 
  • Masukkan bebola keladi itu ke dalam santan dan sedia dihidangkan.
BUBUR GUNTING



Bahan-bahannya:
  • 400 gm tepung gandum
  • 1 biji kelapa (ambil santannya anggaran 2½ mangkuk)
  • 1 cawan gula pasir (mengikut kesesuaian rasa)
  • 2 keping gula kabung
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya
Cara-caranya:
  • Bancuh tepung dengan air dan sedikit garam.
  • Uli hingga menjadi satu doh(biar keras sedikit daripada bancuhan roti canai). 
  • Ambil sedikit tepung dan canaikan setebal 5 mm. 
  • Kemudian gunting kecil-kecil mengikut kesukaan anda. 
  • Jerangkan air anggaran 1/2 periuk. 
  • Apabila air telah mendidih, masukkan tepung yang telah digunting tadi. 
  • Kacau supaya ia tidak melekat. 
  • Apabila telah timbul, angkat dan toskan. 
  • Kemudian letakkan ke dalam bekas berisi air sejuk supaya ia tidak melekat. 
  • Buat begini hingga selesai. 
  • Masak gula pasir, gula kabung dan 1/2 cawan air hingga mendidih. 
  • Toskan tepung yang telah direbus tadi dan masukkan ke dalam adunan air gula tadi. 
  • Kacau perlahan-lahan hingga mendidih. 
  • Setelah itu, masukkan santan, sedikit garam dan daun pandan. 
  • Kacau selalu supaya tidak pecah minyak. 
  • Apabila telah mendidih, sesuaikan rasanya dan bolehlah diangkat.
BUBUR LABU MANIS



Bahan-bahannya:
  • ½ biji labu sederhana
  • 1 cawan susu segar/ ½ cawan santan
  • ½ cawan sagu mata ikan
  • 2 sudu gula merah
  • Gula pasir
  • Daun pandan
Cara-caranya:
  • Labu di buang kulit dan biji, potong kecil-kecil anggaran 5 cm persegi.
  • Rebus hingga 3/4 empuk. 
  • Tambahkan susu/santan,daun pandan,sagu mata ikan,gula merah dan gula pasir secukup rasa. 
  • Biar hingga mendidih dan pekat. 
  • Kacau selalu.
BUBUR SUJI



Bahan-bahannya:
  • 1 cawan tpg suji ( didigoreng tanpa minyak hingga keemasan)
  • ½ cawan gula
  • 1 liter susu segar
  • sedikit kismis
  • sedikit gajus
  • 2 sudu minyak sapi
Cara-caranya:
  • Panaskan 1 liter susu segar. 
  • Setelah agak mendidih, kurangkan api dan masukkan gula. 
  • Kacau sebentar dan biarkan mendidih atas api yg paling perlahan. 
  • Sementara itu, panaskan minyak sapi dalam kuali kecil dan tumis kismis serta kacang gajus (hingga keemasan) 
  • Kemudian masukkan tumisan bersama minyak sapi td kedalam susu yang sedang dimasak. 
  • Akhir sekali masukkan tpg suji sedikit demi sedikit sambil mengacau. 
  • Renehkan bubur sehingga mendidih. 
  • Sedap dimakan bersama potongan pisang.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini Update Betting (7ACD8560)

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "