Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sultan Johor Berkenan Beri Sumbangan RM1 Juta Untuk Mangsa Gempa Sabah

10 Jun 2015
No Comment


KOTA KINABALU, 10 Jun - Sultan Johor hari ini berkenan untuk memberi sumbangan berjumlah RM1 juta kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Sabah.

Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musan Aman, sumbangan tersebut akan disalurkan menerusi Jawatankuasa Tabung Bencana Negeri Sabah.

"Kerajaan negeri dan seluruh rakyat di Sabah menjunjung kasih atas perkenan baginda atas sumbangan sebanyak RM 1 juta kepada Jawatankuasa Tabung Bencana Negeri," kata beliau memetik laporan Bernama.

Menurut Musa yang juga pengerusi Jawatankuasa Tabung Bencana Negeri, sumbangan itu amat dihargai oleh rakyat di Sabah, terutamanya mangsa gempa bumi.

Beliau juga berkata beliau terharu dengan keperihatinan Sultan Johor yang menitahkan satu solat hajat di Johor baru-baru ini untuk mendoakan keselamatan mangsa gempa bumi di Sabah. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "