Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

1MDB: PAC Panggil Arul, Sharol Ogos Ini

10 Jun 2015



KUALA LUMPUR: Dua individu penting membabitkan isu kontroversi 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy dan Datuk Shahrol Halmi Ibrahim akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) pada minggu pertama bulan Ogos.

Tegas Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed, jemputan rasmi untuk meminta keduanya hadir akan dihantar tidak lama lagi. 

"Kali ini, tiada alasan lagi. Mereka berdua mesti datang," kata Nur Jazlan dalam satu sidang media, hari ini. 
Arul yang merupakan Presiden dan pengarah eksekutif kumpulan 1MDB; dan Sharol, bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu sebelum ini gagal menghadiri pendengaran PAC yang ditetapkan pada 26 Mei lalu.
Arul dikatakan tidak berada dalam negara kerana sedang menjalankan urusan rasmi perniagaan pada ketika pendengaran berkenaan, manakala Shahrol dilaporkan meminta penangguhan selama sebulan untuk bersedia menghadapi pendengaran itu.  -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "