Namun begitu, kalau sudah banyak tempat tersembunyi, sudah pasti kala jengkina dan labah-labah akan mudah untuk menjadikannya kawasan persembunyian.
Bagaimana pula ingin mencegahnya dari memasuki rumah kita?
Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan, dan ianya tidaklah begitu sukar. Mari kita lihat bagaimana cara yang perlu dilakukan.
Bau yang harum dari ‘essential oils’ ini memang memberi ketenangan buat kita, lebih-lebih lagi dengan pelbagai bauan yang ada, tapi, ia juga berkesan untuk menghalau labah-labah dan kala jengking. Bau yang dikeluarkan, akan mengganggu deria mereka yang sensitif, dan menghalau mereka dari satu kawasan.
Antara bau yang dikatakan boleh menghalau labah-labah dan kala jengking adalah, ‘peppermint’, ‘tea tree’, ‘neem’, dan ‘citrus’.
2. Semburan
Buat sendiri penghalau labah-labah dan kala jengking dengan bahan-bahan yang ada di rumah. Dalam botol semburan, masukan 5-7 titik ‘essential oils’ (boleh guna mana-mana bau yang diterangkan di atas) dengan sedikit air suam.
Sembur campuran tersebut di sekeliling rumah, dengan fokus kepada kawasan tumpuan kala jengking dan labah-labah, seperti bawah perabot, di penjuru, hiasan dinding, dan tempat-tempat tersembunyi.
Boleh juga ditambah satu sudu cuka dalam campuran tersebut, atau pencuci pinggang mangkuk mesra alam, untuk menjadikannya lebih berkesan.
Titiskan beberapa titik pencuci pinggan mangkuk mesra alam pada kain atau tisu, dan lapkan kepada beberapa permukaan di rumah. Fokus kepada kawasan yang sukar dicapai, seperti atas cabinet, kipas siling, serta para.
Cara lain, anda boleh juga gunakan campuran semburan yang dibuat tadi, untuk dijadikan bahan pengelap.
5. Bahan pencuci mesra alam
Laburkan sedikit wang anda untuk membeli bahan pencuci jenis ini, ia dikatakan salah satu bahan yang digunakan untuk menghalau kala jengking dan labah-labah. Lap bahagian dapur, atau kawasan rumah dengan bahan ini.
6. Gunakan cuka
Bau yang kuat daripada cuka menjadi penghalau yang berkesan. Ia menyebabkan kala jengking dan labah-labah cuba menjauhi dari kawasan yang ada bau cuka ini.
Titiskan beberapa titik cuka pada kain, atau kertas tisu, dan lapkan pada permukaan perabot, juga mana-mana bahagian di rumah.
Sebaiknya gunakan cuka putih, cuka epal, atau ‘malt vinegar’ untuk lebih berkesan.
Kala jengking dan labah-labah suka pada kawasan yang sudah lama ditinggalkan, atau berhabuk. Jadi, sebaiknya anda kemas rumah, susun semula barang-barang di tempat yang tertutup, juga tampal mana-mana rekahan di dinding rumah.
Buang mana-mana barang yang tidak digunakan, jangan dilonggokkan pada satu tempat, yang membolehkan kala jengking, atau labah-labah membuat sarang.
Walau apa pun, pastikan rumah anda bersih, kurangkan mana-mana tempat yang mempunyai ruang untuk dijadikan sarang. Gunakan bahan-bahan semburan tadi dengan baik, semburkan pada ruangan yang boleh dijadikan tempat masuk, seperi bawah pintu, juga tingkap.
Sumber: wikiHow