Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kecewa Dengan Keputusan Muktamar, Bekas Pengarah Pilihan Raya PAS Sarawak Keluar Parti

10 Jun 2015


KUALA LUMPUR: Ekoran kecewa dengan keputusan Muktamar minggu lalu, bekas pengarah pilihan raya PAS Sarawak, Mohd Fidzuan Zaidi mengumumkan untuk keluar parti.

Memetik Malaysiakini, Fidzuan mengesahkan beliau tidak lagi bersama PAS sejak dua hari lalu.

Mengulas alasan dan sebab berbuat demikian, Fidzuan tidak menolak bahawa sedikit kekecewaan terpalit di hati dengan keputusan muktamar PAS minggu lalu.

"Memang ada sedikit kekecewaan tapi kekecewaan biasa saja, macam pasukan sokong kita kalah.

"Macam tim Manchester United dengan Liverpool, ada rasa tak puas hati biasalah kerana (calon pilihan) tak menang, tapi nak kata punca utama (keluar PAS) itu bukan,” katanya yang dipetik portal itu. 

Namun ujar Fidzuan, antara punca utama beliau keluar PAS adalah kerana mahu fokus kepada kariernya dan berehat sebentar daripada bidang politik.

Muktamar PAS minggu lalu menyaksikan dominasi golongan yang dilabel pro ulama dalam saf kepimpinan parti.

PAS dalam muktamar itu juga telah meluluskan usul Dewan Ulama yang mahu memutuskan hubungan kerjasama dengan DAP ekoran kelantangan dan serangan bertali arus pemimpin parti itu terhadap PAS dan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "