Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

4 Cara Buat 'Deodoran' Sendiri Dan Hilangkan Bau Ketiak Hangit Bermodalkan RM10 Tahan 6 Bulan Dengan Batu Tawas

10 Apr 2018
Peluh yang keluar bercampur dengan bakteria dipermukaan kulit adalah punca utama yang menyebabkan terhasilnya badan berbau.  Bau badan juga dikatakan dipengaruhi oleh beberapa jenis makanan seperti bawang putih dan kari.

Antara rawatan untuk mengelakkan masalah ini adalah dengan menggunakan sabun anti-bakteria atau penyah-anti peluh bau badan (antiperspirant deodorant).  Oleh itu, hari ini kami kongsi bagaimana menghasilkan 'ubat ketiak' sendiri menggunakan bahan-bahan semulajadi dengan keberkesanannya yang optimal.  Mari ikuti cara-cara dibawah ini daripada Noorhayati Suratin berserta gambar buat rujukan untuk memudahkan korang semua.  Semoga bermanfaat!


via GIPHY

CARA JIMAT HILANGKAN BAU BADAN

Modal rm10 untuk 6 bulan.

Cara ni Saya dan suami guna masa nak buat umrah tahun lepas dan sampai sekarang..

Alhamdulillah masa tawaf sa'i tak ada bau badan..

Sebotol boleh guna hingga 6 bulan ikut saiz botol masing2. (JIMAT BANYAK)

Bau badan ni yang bau orang lain tau bukan diri sendiri.. empunya badan tak akan mengaku badan dia bau.. rajin2 lah tanye orang paling rapat pasal bau badan kita ye.. kalau yang suami isteri pulak rajin2 la tanya/ tegur.. bang2 badan sayang bau tak?

Dato datin tuan puan makcik pakcik abang kakak yang biasa berurusan dengan orang ramai tolong prihatin dengan bau badan sendiri ye.. haaa yang nak sambut menantu tu kawan2 nak laga-laga pipi bila dekat.. makkk aiii bau dia..

Kalau ada kawan-kawan ofis yang ada masalah bau badan..kita nak tegur malu.. dapatkan alamat rumah poskan sebotol kat dia

Caranya ada pada gambar:

1. Beli batu tawas kat mana2 farmasi atau kedai orang india.. kedai arab pun ada.



2. Rendamkan batu tawas dengan air 300ml..
Terpulang nak pekat atau cair.. agak-agak bau ketiak tu kuat boleh kurangkan air..



3. Dah larut semua guna penapis untuk isi larutan dalam botol spray.



4. Boleh guna botol spray ikut citarasa masing-masing.  Botol kecil tu boleh simpan dalam beg. Cara guna..Lepas mandi sebelum pakai baju tu sembur la kat ketiak dan bahagian yang kuat keluar peluh..bagi kering sekejap.  Boleh la pakai baju macam biasa..




via GIPHY

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Pasang Taruhanmu Malam Ini Hanya Di www(dot)updatebetting(dot)co
    Untuk Info Cara Daftar Silahkan Hubungi CS Kami Di Bawah Ini
    BBM 7ACD8560, Line Updatebetting, Whatsapp +855 979 542 957

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "