Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Elfira Loy Dikritik Netizens Gara-Gara Cafe Miliknya Hidang Kopi Berlukisan Babi

6 Ogo 2015
No Comment


Nampak sensetiviti kita umat Islam di Malaysia begitu hebat apabila melibatkan haiwan yang di namakan khinzir atau babi ini, mana taknya sebelum ini isu ini terpalit kepada syarikat pengeluar coklat terkenal, Cadbury di mana isunya menjadi heboh.

Bagaimanapun sedikit kontroversi melanda pelakon cantik manis, Elfira Loy apabila pelakon berkenaan yang diketahui telah mengorak langkah membuka sebuah kafe makanan yang diberi nama Lovemesevendayscafe.

Beliau telah memuatnaik sekeping gambar Instagram miliknya memaparkan kopi yang disediakan di kafenya yang nampak begitu lazat dengan lukisan-lukisan kreatif di atasnya.

Tetapi nampak secawan kopi menarik perhatian Netizens apabila lukisan di atas air kopi berkenaan adalah menyerupai seekor babi.



Kerana lukisan seni itu, Elfira Loy telah dilabel oleh peminat dan netizens sebagai kurang sensitif kerana tidak kisah gambar seni babi menghiasi hidangan kopi yang diminum orang Islam.

Kerana gambar itu juga ia menjadi perbalahan dikalangan pemiantnya yang menyifatkan ianya tidak menghormati orang Islam tetapi Elfira pula dilihat mempertahankan hal tersebut.

Menurutnya gamabr tersebut hanyalah senia semata-mata dan Islam tidak menghalang umatnya melukis atau melihat gamabr babi.

Apapun pelbagai pendapat telah dikemukan oleh peminatnya. Setiap orang dilihat dengan padangan masing-masing. Apapun bagi SK eloklah dielakkan perkara ini kerena menimbulkan perbalahan dan membuat ada orang salah sangka. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "