Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bakal Pelatih Dibuang Selepas Dedah Cara Facebook Jejak Lokasi Pengguna

13 Ogo 2015

Seorang pelajar lepasan Universiti Harvard terpaksa melupakan latihan industrinya bersama Facebook setelah dia dibuang dari senarai pelatih apabila dia mendedahkan cara Facebook menjejak lokasi pengguna.

Pelajar terbabit, Aran Khanna mendedahkan teknik tersebut dengan membuat satu skrip extension di Google Chrome yang membolehkan lokasi pengguna Facebook yang menggunakan aplikasi Messenger dilihat oleh rakan perbualannya. Lebih memeranjatkan, data lokasi ini juga boleh dilihat walaupun mereka tidak 'berkawan' di Facebook.


Aran Khanna menamakan skrip itu sebagai "Marauder's Map" dan skrip itu menarik perhatian banyak pihak. Pengguna Facebook mula merasa risau bagaimana Facebook boleh menjejak butiran lokasi mereka dengan begitu dekat.

Tidak sampai sehari skrip itu bertahan, Facebook telah mengarahkan Khanna untuk tidak bercakap kepada pemberita. Dalam masa dua hari, Facebook mengarahkan Khanna supaya membuang skrip tersebut dan pada hari ketiga, Khanna dibuang dari senarai pelatih Facebook. Sembilan hari selepas itu, satu update untuk Messenger dikeluarkan oleh Facebook.

Khanna berkata pada mulanya dia diberitahu sebab dia dibuang dari senarai pelatih Facebook adalah kerana mengumpul data dari laman Facebook.

Namun apabila dia menegaskan dia hanya mengambil data yang hanya boleh dilihat oleh umum, Facebook memberikan alasan Khanna tidak mempunyai etika yang setara seperti yang Facebook inginkan kerana caranya mendedahkan bagaimana Facebook mengumpul dan berkongsi data pengguna. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "