Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Harga Ubatan Mungkin Akan Naik - Menteri

13 Ogo 2015

KUALA LUMPUR: Berikutan penyusutan nilai ringgit, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam tidak menolak kemungkinan  akan ada kenaikan keatas harga ubat.

Walaubagaimanapun, Subramaniam memberi jaminan bahawa hospital dan klinik-klinik kerajaan akan terus membekal ubatan secara percuma kepada pesakit.

"Kemungkinan harga ubat akan naik kerana ada yang kita import dari luar malah ubatan yang dihasilkan di Malaysia turut menggunakan bahan mentah dari luar negara. Namun keadaan itu hanya sementara waktu sahaja, (apabila) nilai ringgit pulih, harga akan jadi seperti biasa.

"Kerajaan akan terus memberikan ubat secara percuma, tetapi bagi hospital dan klinik swasta harga akan berubah,” kata Subramaniam memetik laporan dari Astro Awani.

Subramaniam juga turut menasihatkan pihak-pihak yang berkenaan tidak mengambil kesempatan ini menaikkan harga ubat sewenang-wenangnya.

“Saya berharap semua pihak dapat bekerjasama dan tidak terlampau membebankan pesakit dalam keadaan begini,” tegasnya.

Ringgit Malaysia direkod ditutup pada RM4.04 bagi US$1 pada lima petang Rabu berbanding RM3.96 pada Selasa. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "