Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

1MDB : Siasatan Tidak Rasmi Terhadap 'Entiti Berpengaruh' Sudah Dijalankan Selama 2 Tahun - Zeti

14 Ogo 2015

KUALA LUMPUR: Gabenar Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata bank pusat sudah membangkitkan kebimbangan mengenai 'entiti berpengaruh' dalam tempoh 2 tahun yang lalu kepada pihak berkuasa yang berkaitan.

Tanpa menyebut nama, Zeti berkata 'entiti berpengaruh' itu sudah menarik perhatian bank pusat dua tahun lalu dan bank pusat sudah memantau dan menjalankan siasatan 'tidak rasmi' kepadanya.

"Kami memantau mereka, kita berhubung dengan mereka, dan selama tempoh dua tahun sebenarnya, dan kami menulis dan menyerahkan laporan mengenai entiti itu,", kata Zeti memetik laporan mStar Online.

Zeti yang tidak menyebut nama 1MDB berkata 'entiti berpengarauh' tersebut akan dinilai di mesyuarat tahunan bagi menentukan sama ada hutang yang ditanggung olehnya akan memberi risiko kepada sistem kewangan.

Zeti menjelaskan Jawatankuasa Dasar Monetari dan Jawatankuasa Kestabilan Kewangan telah meneliti entiti berpengaruh itu dan ia menimulkan kebimbangan.

"Jadi, apabila kami meneliti sebuah entiti berpengaruh itu, ia menimbulkan kebimbangkan.

"Dan kami turut memaklumkan kepada pelbagai pihak berkuasa bahawa mereka perlu menyedari perkara itu dan kami menulis laporan mengenainya. Kami memantau dan berhubung dengan entiti itu sendiri sepanjang tempoh ini," katanya.

Selain dari entiti terbabit, jawatankuasa itu turut meneliti hutang isi rumah dan hutang lain yang menunjukkan risiko.

Jelas Zeti, Bank Negara mula menjalankan siasatan secara formal setelah menjadi sebahagian dari pasukan petugas Khas pada Jun lalu.

"Siasatan itu adalah yang paling panjang sekali kerana prosesnya agak kompleks.

"Kami menjalankan siasatan formal dengan mengambil keterangan daripada pelbagai individu terlibat dan meneliti beribu-ribu dokumen. Kami bekerja sepanjang masa. Sekarang ia sudah selesai," kata Zeti.

Laporan telah diserahkan kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohd Apandi Ali.

"Bank tersebut menyerahkan kertas siasatan kepada Peguam Negara dengan cadangan untuk tindakan yang sewajarnya. Dan saya mahu tegaskan bahawa institusi perbankan ini tidak dibenarkan membincangkan secara terbuka mengenai butiran siasatan.

"Jika kami dipanggil Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), maka itu adalah satu-satunya jalan lain di mana bank negara akan dapat menjawab soalan-soalan mengenai siasatan kes ini," tegas Zeti.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "