VIDEO: 'Tercampak' Adik Semata-mata Mahu Sambut Bunga Dari Pengantin
Budaya mencampakkan jambangan bunga sememangnya menjadi sebahagian budaya perkahwinan masyarakat Barat.
Kononnya ia bagi menyegerakan jodoh seseorang yang menyambut jambangan bunga berkenaan.
Kami kongsikan satu rakaman video yang kini menjadi viral di kalangan pelayar laman sosial, dimana seorang kanak-kanak perempuan yang sedang mendukung adiknya tiba-tiba mencampakkan adiknya ke lantai, gara-gara mahu menyambut jambangan bunga berkenaan.
Sedar akan tindakan spontan itu, kanak-kanak berkenaan segera mengangkat adiknya.
Bagaimanapun kejadian itu tidak disedari sekumpulan lagi wanita yang juga berada di situ yang hendak menyambut jambangan bunga dari pengantin. -Siakapkeli.my