Penamatan Gani Patail Mengikut Perlembagaan - Apandi Ali
Putrajaya: Peguam Negara yang baru, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, penamatan khidmat Tan Sri Abdul Gani Patail dari jawatan Peguam Negara adalah mengikut perlembagaan persekutuan.
Apandi Ali berkata demikian merujuk kepada pelbagai kenyataan yang tampil apabila khidmat Gani Patail di tamatkan.
"Justeru, demi kepentingan pentadbiran keadilan ini, adalah penting kepada orang awam untuk tidak dikelirukan dengan pemikiran sebegitu
"Beliau (Abdul Gani) tidak dipecat atau diturunkan pangkat dalam perkhidmatan kehakiman dan undang-undang," katanya dalam kenyataan, hari ini memetik laporan myMetro.
Semalam, khidmat Abdul Gani Patail dihentikan serta merta atas alasan kesihatan. - Siakapkeli.my