VIDEO: Nenek Tua Sorok Identiti Sebagai Seorang Pembunuh Bersiri
RUSIA: Jika dilihat dari susuk badannya, tiada siapa menyangka wanita tua ini merupakan seorang pembunuh bersiri.
Mengakui telah membunuh sekurang-kurang 10 mangsa, Tatiana Samsanova yang berusia 67 tahun itu juga dikatakan mengerat dan memotong badan mangsa yang dibunuhnya itu.
Memulakan aktiviti 'pelik' itu sejak dua dekad lalu, rahsia hitam Tatiana akhirnya terbongkar apabila mayat seorang lelaki yang dijaganya ditemui.
Malah polis juga cuba mengaitkan kes pembunuhan yang tidak berjaya diselesaikan sejak 20 tahun lalu dengan kegiatan Tatiana.
Tatiana turut menulis kesemua butiran kegiatannya di dalam diari, dengan salah satunya berkenaan seorang mangsa yang merupakan seorang ahli perniagaan, dimana mayatnya telah dikerat ditemui berhampiran kediaman Tatiana.
Malah, seorang lagi mangsa dipercayai suaminya sebelum ini dilaporkan hilang pada 2005, namun hingga sekarang tidka diketahui masih hidup atau sebaliknya. -Siakapkeli.my