KUALA LUMPUR: Pihak Malaysia Airlines (MAS) mengeluarkan satu kenyataan pagi tadi mengatakan terlalu awal untuk mengaitkan penemuan serpihan pesawat di Pulau Reunion dengan kehilangan pesawat MH370.
Mereka kini akan bekerjasama dengan pihak yang terliabt dalam hal berkaitan untuk mendapatkan maklumat terbaru mengenai penemuan serpihan pesawat berkenaan.
Media Statement from @MAS with regards to discovery at Reunion Island. @501Awani pic.twitter.com/c2ZjKw3qXk
— Rizal Zulkapli AWANI (@rizalzulkapli) July 30, 2015
"Masih terlalu awal untuk syarikat penerbangan membuat spekulasi mengenai dari mana asalnya flaperon itu buat masa ini," kata MAS dalam kenyataan media di sini hari ini.Di dalam laporan sebelum ini, pakar penyasat Boeing percaya serpihan sayap pesawat berkenaan adalah milik MH370 selepas beratus-ratus gambar di analisanya.
Serpihan tersebut telah ditemui oleh pekerja pembersihan pantai yang sedang menjalakan tugas. - Siakapkeli.my