Zeti Sihat Seperti Biasa, Kena Serangan Jantung Hanya Khabar Angin
KUALA LUMPUR: Kecoh sejak awal hari ini adalah khabar angin yang mengatakan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mengalami serangan jantung.
Namun dakwaan itu dinafikan oleh seorang jurucakap Bank Negara dengan memberitahu Zeti sihat seperti biasa dan tidak ditahan di wad.
"Tidak, Zeti tidak mengalami serangan jantung. Beliau dalam keadaan baik," kata jurucakap berkenaan, seperti memetik laporan Malaysia Gazette.
Tambah jurucakap itu lagi, Zeti memang tidak hadir ke pejabat pada pagi Isnin namun bekerja seperti biasa pada sebelah petangnya.
Malah Zeti juga menghadiri pelbagai mesyuarat dalaman organisasi berkenaan dalam sehari dua ini, sekaligus menidakkan dakwaan bahawa beliau mengalami masalah kesihatan. -Siakapkeli.my