KUALA LUMPUR: " Kalau besok parlimen dibubarkan bagaimana kita?, menang ke kalah" tanya Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada dihadapan ahli-ahli UMNO Bahagian Cheras.
Pertanyaan itu dijawab sayu oleh hadirin dengan perkataan "kalah".
Memetik laporan Astro Awani, beliau yang merupakan Timbalan Perdana Menteri turut menyatkana kebimbangan dengan maklum balas daripada rakyat melaysia dan ahli UMNO sendiri daripada peringkat akar umbi.
"Kalau ikut kata hati saya, kalau esok pilihan raya, kita tak mungkin boleh menang. Sudah ada asas-asas kajian yang dibuat banyak pihak yang menunjukkan adalah amat sukar untuk Barisan Nasional menang.
"Saya tanya bagaimana kalau perdana menteri bubar Parlimen adakah kita akan menang atau tidak, tidak ada seorang pun yang menjawab yakin untuk menang," kata Muhyiddin semasa berucap pada majlis penutup mesyuarat UMNO Bahagian Cheras di Kuala Lumpur pada Ahad malam.
Timbalan Perdana Mneteri iut juga menyuarakan rasa bimabng kengan kekurangan kerusi yang dimenangi oleh BN bermula dari zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi sehingga kini jika tidak dijaga dan tiada perubahan pimpinan, mungkin undi terhadap BN akan terus merosot.
"Kerana untuk memastikan kekal berkuasa dan sokongn itu terus ada, maka Datuk Seri Najib kita akan menjadi Presiden UMNO dan kita menang 133 kerusi kita menang, orang kata merosot, tetapi jika Pak Lah masih ekkal pasti lebih teruk tetapi kena ketahui tren tersebut semakin menurun," katanya. - Siakapkeli.my
Sumber Video ASTRO AWANI