Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki 'Gila' Beri Bayi 10 Bulan Susu Yang Dicampur Arak

27 Jul 2015



ALABAMA: Seorang bayi berusia 10 bulan dirawat di hospital selepas diberikan susu formula yang dicampur dengan arak.

Polis kini menahan suspek, Dontavian McCree yang juga bapak saudara bayi berkenaan dan berdepan dengan tuduhan menyiksa dan menganiaya.

Jika sabit kesalahan lelaki berusia 19 tahun itu akan dipenjara 10 tahun.

Terdahulu pihak hospital yang melakukan pemeriksaan terhadap bayi berkenaan mendapati dia menelan campuran susu itu dan kemudiannya segera memaklumkan kepada pihak polis.

“Ibu bapa itu terpaksa bekerja dan tertuduh adalah pengasuhnya.

“Ibu bayi itu menyedari anaknya berkelakuan tidak normal sebaik sahaja dia pulang dari bekerja. Wanita itu kemudiannya membawa anaknya ke hospital,” kata polis. -Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "