Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tun Mahathir Sambut Hari Jadi Yang Ke-90 Hari Ini

10 Jul 2015




KUALA LUMPUR: Meskipun hari ini genap berusia 90 tahun, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masih tampak sihat dan bertenaga.

Malah kelantangan beliau memperjuangkan isu-isu semasa dalam negara sentiasa dipuji oleh banyak pihak.

Manakan tidak, Tun Mahathir pernah merasai perit jerih mentadbir negara selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003.

Walaupun ada yang kurang senang dengan kritikannya terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kontroversi membabitkan 1Malaysia Development berhad (1MDB), ia tidak dianggap sebagai pematah semangatnya.

Sempena hari jadinya ini dikatakan beliau akan diraikan secara besar-besaran.

Memetik ucapan daripada anaknya, Datin Paduka Marina Mahathir menerusi laman Facebooknya hari ini, beliau mendoakan bapanya sentiasa mempunyai kekuatan dan keberanian untuk melakukan apa yang betul.


Cucu Tun Mahathir juga turut berkongsi gambar sambutan mereka sekeluarga dengan ucapan 'Selamat Hari Lahir Tok Det'. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "