Lee Chong Wei Dan Wong Mew Choo Timang Cahaya Mata Kedua
KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei telah menimang cahaya mata baru semalam selepas isterinya Datin Wong Mew Choo telah selamat melahirkan anak lelaki kedua mereka.
Kehadiran bayi seberat 3.96 kilogram yang diberi nama Terrance ini sudah pasti memberi suntikan semangat baru kepada Chong Wei yang bakal menyertai Grand Prix Emas Terbuka Taiwan 2015 minggu depan.
Pasangan ini telah berkahwin pada 9 Nov 2012, sebelum ini dikurniakan anak lelaki diberi nama Kingston Lee yang kini berumur dua tahun.
Berita baik ini telah di sampaikan oleh Chong Wei melalui laman Facebooknya di mana beliau mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakannya serta peminat. - Siakapkeli.my