Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Beta Tak Jual Gelaran Datuk Kepada Rani Kulup - "Sultan Melaka"

9 Jul 2015
No Comment


KUALA LUMPUR: Lelaki yang mengaku dirinya sebagai Sultan Melaka, Raja Noor Jan Shah Raja Tuah menafikan dakwaan beliau menjual pangkat datuk dengan harga RM25,000 termasuk kepada Abdul Rani Kulup Abdullah.

Menurut setiausahanya, Raja Ismail, Raja Noor Jan Shah hanya mengurniakan gelaran itu kepada individu yang berbakti kepada masyarakat.

"Tidak timbul isu Tuanku Sultan Melaka menjual darjah kebesaran istana kepada mana-mana individu. Darjah kebesaran itu bukan untuk dijual tetapi dikurniakan secara percuma.

"Seperti contoh Rani Kulup, dia mendapat gelaran 'Datuk' kerana banyak membuat laporan polis terhadap isu-isu semasa, jadi dari mana datangnya cerita Sultan Melaka menjual gelaran itu?

Menurutnya lagi, "Sultan Melaka" itu banyak menerima permohonan untuk gelaran tersebut tetapi ditolak.

"Pemberian gelaran hanya kepada individu yang ikhlas. Sultan Melaka banyak menerima permohonan untuk mendapatkan gelaran itu namun ditolak kerana niat mereka yang tidak ikhlas," katanya memetik laporan dari Astro Awani.

Sebelum ini, terdapat dakwaan Abdul Rani Kulup membeli pangkat itu dari Raja Noor Shah.

Mengulas kenapa Rani Kulup tidak menggunakan gelaran Datuk pada namanya, Raja Ismail berkata Rani Kulup cukup dengan gelaran Ayahanda.

"Rani Kulup adalah Ayahanda, dia sudah menggunakan pangkat itu, jadi cukup dengan gelaran itu dan tidak salah dia tidak menggunakan nama Datuk pada permulaan namanya.

"Dia (Rani Kulup) sudah menjalani istiadat istana Melaka, dia juga sudah memakai baju adat untuk penerimaan darjah kebesaran itu.", katanya lagi. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "