Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sarawak Report Dedah Maklumat Kononnya RM2 Juta Turut Didepositkan Ke Dalam Akaun Rosmah Mansor

10 Jul 2015
No Comment


Nampaknya laman pembocor maklumat Sarawak Report telah membuat pendedahan terbaru kononnya mendakwa RM2 juta telah didepositkan ke dalam akaun bank yang dimiliki oleh seseorang bernama Rosmah Binti Mansor.

Di dalam laporan itu mendakwa maklumat yang diterima berkaian sebuah akaun bank di  Affin Bank Berhad.

Mereka mendakwa sejumlah wang berkenaan telah didepositkan ke dalam akaun penama berkenaan dalam tempoh dua bulan bermula pada awal tahun ini.

Berdasarkan dokumen didakwa tersebut yang berkaitan dengan 1MDB, Sarawak Report mendakwa seorang individu bernama “Roslan Sohari” antara 10 Februari dan 23 April tahun ini memasuki sebuah cawangan bank itu di Kuala Lumpur sebanyak lapan kali.

Dalam kunjungan-kunjungan ini beliau mendeposit keseluruhan RM2,000,000 ke dalam akaun bernombor 1000 xxxx xxxx, yang mana para penyiasat melaporkan ia milik “Rosmah Binti Mansor (Datin Sri)”.


Dihubungi Malaysiakini, pembantu Rosmah, Rizal Mansor, berkata beliau tidak dapat mengulas perkara itu pada masa laporan ini ditulis kerana sedang berada dalam sebuah majlis berbuka puasa.

Memetik laporan Malaysiakini, mereka telah menyemak sebuah laman Facebook milik “Roslan Sohari”, seorang pegawai tentera berpangkat pegawai waran, yang antara lain menunjukkan gambar individu itu dengan Najib selain kelihatan berada dalam jet peribadi.

Dalam Facebook itu, pekerjaannya diletakkan sebagai “Resident Manager at the Prime Minister’s Office” (pengurus residen di Pejabat Perdana Menteri).

Rekod di Facebook itu juga mendedahkan bahawa individu itu 'mendaftar masuk' di pelbagai lokasi di luar negara ketika Najib berada di tempat itu.

Tempat yang dimaksudkan beliau bersama Najib adalah Kazakhstan (tahun lepas), Jeddah (6 Jun 2015), Beijing (12 November, 2014 ketika perdana menteri hadir Persidangan Ekonomi Asia Pasifik) dan New York (ketika Najib hadir persidangan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu September lalu).

Bagaimanapun, menurut laporan Sarawak Report mereka tidak dapat dipastikan sama ada individu ini orang yang sama ataupun orang lain tetapi berdasarkan fakta memang nama-nama ini ada hubung kait.

Berdasarkan laporan Malaysiakini, mereka telah cuba menelefon nombor yang tertera di atas dokumen berkenaan tetapi lelaki yang mengangkat tersebut menafikan dia berkhidmat dengan Jabatan Perdana Menteri atau mempunyai kaitan dengan Rosmah.

Bagaimanapun, berdasarkan gambar di profil Whatsapp menunjukkan gambar yang sama dengan pemilik akaun dengan di Facebook.

BAgimanapun Facebook berkenaan telah di '"diactive" selepas laporan ini tersebar,

Pemeriksaan nombor kad pengenalan wanita bernama Rosmah berdasarkan yang tertulis di atas dokumen tersebut mendapati ia sama dengan isteri Perdana Menteri.


Nombor akaun Affin Bank 1000 xxxx xxxx yang dinyatakan itu juga didapati ia milik “Rosmah Binti Mansor” (lihat gambar).

Dato Seri najib meminta orang ramai tidak mudah percaya dengan tuduhan tidak berasa terhadap kelaurganya itu kerana terdapat banyak perkara mengarut di Internet yang tidak harus dilayan.

“Kita akan pastikan kebenaran muncul juga akhirnya,” katanya. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "