Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Syaiful Zero Dan Pasangannya Sah Diijabkabulkan Sebagai Suami Isteri

25 Jul 2015
No Comment


Dengan sekali lafaz, Mohd Syaiful Bin Doli Sharif atau lebih dikenali sebagai Syaiful Zero sah bergelar suami lsteri dengan pasangannya gadis pilihan hatinya, Ashura Rudy di Surau Kampung Pantai Bahagia, Kudat, Sabah, semalam.

Beliau juga yang turut mesra dipanggil dengan nama Melati telah membawa mas kahwin sebanyak RM100 dan wang hantaran RM10,000.

Bagaimanapun majlis kenduri dan persandingan merpati dua sejoli ini belum lagi ditetapkan dan mereka katanya masih memikirkan tarikh yang sesuai untuk majlis berkenaan.


Sebelum ini, ahli kumpulan Zero yang menjuarai Maharaja Lawak Mega 2014 itu telah menangguhkan tarikh perkahwinan mereka kerana dikatakan mahu menunaikan hajat dia dan abang-abangnya menghantar ibu menunaikan umrah selain membina rumah ibu mereka. Namun pada Jun lalu rumah ibu mereka tersebut telah musnah dijilat api dalam satu kebakaran.

Apapun kami dari team Siakapkeli mengucapkan tahniah kepada Syaiful dan isteri, semoga ikatan yang dibina ini berkelan dan bahagia sehingga ke akhir hayat. - Siakapkeli.my



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "