KUALA LUMPUR: Seorang pengarah urusan sebuah syarikat pembinaan dan pembangunan ditahan reman selama empat hari bermula pada Sabtu untuk membantu siasatan berkenaan urusan kewangan syarikat SRC International Sdn Bhd, yang didakwa ada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Individu berpangkat 'Datuk' yang berusia 48 tahun itu merupakan suspek keempat ditahan pasukan petugas khas dalam siasatan dakwaan menyalurkan dana ke akaun 1MDB, sebagaimana dilaporkan Astro Awani.
Dia tiba di Mahkamah Majistret pada jam 10.30 pagi tadi dengan lengkap berpakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Individu berkenaan ditahan 7 petang semalam selepas dibawa ke pejabat SPRM Putrajaya terlebih dahulu.
Dalam hal yang sama, individu kedua yang ditahan rema sejak Rabu lalu dibebaskan hari ini dengan wang jaminan berjumlah RM10,000 dengan dua penjamin.
Dia merupakan seorang pengarah urusan sebuah syarikat pembinaan berpangkat 'Datuk'. -Siakapkeli.my