Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Saya Amat Hairan Dengan Pemutar-Belitan Terhadap Tulisan FB Saya" - Teresa Kok

6 Jul 2015


Berikutan di kritik oleh netizens setelah satu status yang dikata menyamakan antara pakaian harian dan pakaian ritual, Teresa Kok membalas kritikan-kritikan itu melalui satu postingnya di Facebook.

BACA : Teresa Kok Dikiritik Netizens Gara-Gara Samakan Pakaian Harian Dengan Pakaian Ritual

"Saya amat hairan dengan pemutar-belitan terhadap tulisan FB saya berkenaan dengan pakaian Iban oleh golongan tertentu", kata Teresa Kok di kenyataan tersebut.

Menurut Teresa juga, dia tiada niat untuk menghina atau mengkritik kostum kaum Iban malah menghargai pakaian setiap suku kaum di Malaysia.

"Saya tidak mempunyai niat untuk menghina atau mengkritik ataupun membuat "value judgment" terhadap kostum kaum Iban, tetapi sebaliknya saya amat menghargai budaya dan pakaian setiap suku-suku kaum di Malaysia ini, itu sebab saya mengambil gambar dengan mereka dan masukkan dalam FB saya.", katanya lagi.

Teresa Kok juga berkata setiap kaum mempunyai nilai dan pandangan terhadap pakaian mereka dan ini menyebabkan isu kod pakaian Perkhidmatan Kerajaan menjadi kontroversial apabila dilaksanakan.

"Setiap kaum mempunyai pandangan dan nilai terhadap pakaian mereka, itu sebabnya isu kod pakaian Perkhdimatan Kerajaan menjadi begitu kontroversial apabila ia dilaksanakan. Saya berharap semua pihak boleh hormat-menghormati budaya dan pakaian setiap kumpulan etnik, dan hentikan kontroversi pakaian yang tidak bermakna tersebut.", kata beliau. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "