Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Rumah Tangga Hanez Suraya Bergolak?

29 Jul 2015



Timbul khabar angin yang mengatakan rumah tangga pelakon Hanez Suraya sedang bergoyang.

Ia berikutan tindakannya memuatnaik gambar di laman Instagramnya seolah-olah meluahkan perasaan sedih dan duka.



Sedang mengandungkan anak pertamanya, rata-rata peminat Hanez terkejut apatah lagi usia perkahwinanya dengan Romie Razin Adilha masih lagi baru.

Hanez bagaimanapun enggan mengulas lanjut di sebalik kontroversi ini.

“Tiada komen. Ini kerana sekarang saya sudah bergelar isteri orang dan tidak elok untuk saya mengulas tentang perkara tersebut secara terbuka.

“Isu dan kontroversi bukan perkara baharu dalam karier saya dan apa yang saya pelajari dari pengalaman lalu adalah jangan cepat melatah dan ambil sikap berdiam diri.

“Apa yang orang ingin kata tentang saya atau telahan mengenai rumah tangga kami, biarlah,” katanya sebagaimana dipetik Rotikaya. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "