Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bayi Tiga Bulan Buta Akibat Flash Kamera

29 Jul 2015


CHINA: Tidak semena-mena bayi yang berusia tiga bulan ini menanggung derita buta sebelah mata akibat kelalaian orang lain.

Rakan keluarganya yang datang menziarahi bayi berkenaan terlupa menutup flash kamera apabila merakam wajah bayi itu dari jarak sejauh 10 inci.

Ibu bapa bayi berkenaan yang menyedari kejanggalan dengan penglihatan anaknya itu segera merujuknya ke hospital.

Malangnya doktor yang merawat memaklumkan bayi itu mengalami kerosakan kekal di mata kanan, manakala penglihatan pada mata kiri pula terjejas.

Flash kamera berkenaan merosakkan macula, yang tidak terbentuk sepenuhnya sehingga kanak-kanak berusia empat tahun. Macula adalah satu bahagian mata yang digunakan oleh manusia untuk fokus kepada cahaya yang masuk kedalam mata.

Kerosakan pada bahagian tersebut boleh menyebabkan kerosakan kekal pada bahagian utama mata.

Menurut pakar, walaupun tindakan refleks dari bayi menutup mata apabila terlihat cahaya yang kuat, itu tidak dapat menghalang beberapa milisaat cahaya kuat dari memasuki matanya. Dan itu boleh menyebabkan kerosakan kekal.

Tambahnya lagi, ibu bapa perlu berhati-hati dengan cahaya lampu yang kuat di dalam bilik air ketika bayi sedang mandi. - Siakapkeli.my

Sumber : DailyMail.co.uk

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "