Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Prasarana Mahu Tambang Tren Dikaji Semula

23 Jul 2015


KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Berhad (Prasana) menggesa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) membuat semakan terhadap kadar tambang perkhidmatan tren di bawah syarikat itu.

Pengarah Urusannya, Datuk Azmi Abdul Aziz berkata ia selaras dengan peningkatan kos penyelenggaraan tren dan kenaikan kadar tarif elektrik.

"Semakan kadar baharu itu selain dapat mengimbangi kos sedia ada, juga membolehkan perkhidmatan tren dipertingkat untuk kemudahan orang ramai," katanya.

Azmi berkata kadar terbaru itu bergantung kepada hasil semakan SPAD kelak.

Kali terakhir semakan tambang tren dilakukan adalah pada 2002. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "