Jika sebelum ini kita amat risau melepaskan 'angin' dikhalayak ramai kerana bimbang akan mengeluarkan bau tidak menyenangkan lebih-lebih lagi di hadapan orang yang kita tidak kenali, tetapi kini mungkin anda tidak perlu risau lagi.
Ini kerana sebuah syarikat pengeluar pakaian yang berpangkalan di England, Shreddies telah menghasilkan pakaian Jeans dan baju tidur yang mempunyai fabrik tapis bau kentut.
Mungkin kita berasa pelik namun itulah hakikat dan pengeluaran pakaian ini akan mula dijual di sana dan mungkin akan berada di pasaran dunia kerana kelebihannya itu.
Pakaian ini dihasilkan dengan lapisan karbon aktif yang dibuat daripada Zortex di mana bahan ini mamapun menyerap dan menaturalkan bau kurang busuk yang dikeluarkan dan bahan tersebut akan diaktifkan semula setiap kali dibasuh.
Menurut mereka seluar ini mampu menapis 200 kali ganda lebih dari kekuatan bau yang dilepaskan.
“Lapisan karbon itu diletakkan di bahagian bawah tali pinggang hingga di atas lutut yang boleh melindungi bau busuk yang dilepaskan,” kata pengurus syarikat itu, Richard Wolley. - Siakapkeli.my