Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

GAMBAR: Lebih 300 Objek Misteri Ditemui Di Sekitar Pantai Tanjung Balau, Johor

24 Jul 2015
No Comment


Penduduk berhampiran Pantai Tanjung Balau, Johor semalam dikejutkan dengan kehadiran lebih 300 objek misteri yang menjadi tanda tanya orang ramai.

Objek tersebut yang menyerupai ukiran yang terdapat pada kuil Borobodur di Indonesia ditemui di atas batu di pantai berkenaan dalam pelbagai saiz dan warna.

Ada sesetengah penduduk beranggapan objek berkenaan adalah sejenis ancak yang digunakan dalam upacara membuang makhluk halus.

Kehadiran objek berkenaan telah mengganggu permandangan di kawasan berkenaan yang telah diwartakan sebagai kawasan sejarah.



Kredit foto: BERNAMA

Menurut penduduk tempatan, mereka tidak berani untuk mengalih atau membuang objek berkenaan kerana bimbang takut terjadi perkara yang tidak dijangka.

objek itu dikatakan semakin berkurang selepas dibawa oleh arus laut apabila air pasang sejak semalam.

Perkara ini telah dilaporkan kepada pihak berkuasa agama tempatan dan ianya masih disiasat di mana tidak menolak kemungkinan ia adalah upacara keagamaan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "