Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Najib Mohon Masyarakat Tak Berterusan Sebar Fitnah Dan Kebencian Di Bulan Ramadhan

10 Jul 2015



KUALA LUMPUR: Di kala ditekan dengan kontroversi 1MDB, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menyeru rakyat Malaysia tidak menyebar fitnah dan kebencian.

Apatah lagi ketika umat Islam kini beradi di 10 malam terakhir di bulan Ramadhan, dengan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar.

"Pada malam tersebut, kita dijanjikan ganjaran pahala ibadat yang berlipat ganda seperti yang digambarkan dalam maksud firman Allah dalam Surah Al-Qadr, “Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan”," katanya memetik posting di blognya, hari ini.

Jumaat lalu, The Wall Street Journal (WSJ) menyiarkan artikel yang memetik 'penyiasat yang tidak dinamakan' mendakwa dana AS$700 juta (RM2.6 bilion) milik 1Malaysia Development Bhd (1MDB) disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Sejurus selepas itu satu pasukan khas yang dianggotai oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan berkenaan.

Najib menafikan salah laku berkenaan dengan menyifatkan kebenaran terhadap tuduhan dirinya dan 1MDB akan muncul kelak. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "