Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dua Akaun Bank Najib Ditutup Lebih Awal Dan Tidak Terkesan Dengan Arahan Pembekuan

10 Jul 2015



KUALA LUMPUR: Dua akaun bank Datuk Seri Najib Razak tidak terlibat dengan arahan pembekuan 6 Julai lalu kerana ia telah ditutup lebih awal.

Pasukan petugas khas yang ditubuhkan untuk menyiasat skandal saluran dana ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri itu dipetik sebagai berkata kedua-dua akaun itu ditutup pada 30 Ogos 2013 dan 9 Mac 2013.

Namun dokumen bank berkaitan dua akaun itu diperolehi oleh pasukan petugas khas berkenaan.

Arahan pembekuan enam akaun bank Najib dikeluarkan pada 6 Julai lepas oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "