Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Keluarga Miskin Jadi Viral Di Laman Sosial Menghilangkan Diri

10 Jul 2015
No Comment


Seperti biasa "indox" Facebook Siakapkeli akan dipenuhi dengan mesej-mesej sahabat SK meminta bantuan untuk mereka yang memerlukan.

Kami menerima begitu banyak mesej tentang sebuah keluarga miskin yang tinggal di dalam pondok usang di Bukit Rambai yang ‘viral’ di Facebook baru-baru ini.

Sebelum kami poskan satu-satu benda kami akan siasat terlebih dahulu dan berita yang meyakinkan kami tentang keluarga ini apabila pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah melawat mereka atas maklumat orang ramai.


Sedang asyik SK menulis artikel tentang keluarga ini, seperti biasa SK akan membaca berita-berita online dan terlihat satu artikel dari web berita Harian Metro tentang keluarga ini.

Difahamkan, wanita berusia lewat 20-an itu menghuni pondok terbabit bersama tiga anak masing-masing seorang perempuan dan dua lelaki gagal dikesan sejak petang semalam.

Ketua Unit Al-Taqwa Majlis Agama Islam Melaka,Muhamad Dino Md Delan berkata, pihak mereka telah datang melawt keluarga ini semula dan bercadang membawa mereka pindah ke rumah sewa MAIM di Pantai Peringgit, bagaimanapuan keluarga tersebut telah menghilangkan diri.

"MAIM turut membawa lori untuk mengangkut barang serta memindahkan keluarga ini petang semalam, namun apabila tiba di sini, kira-kira 2 petang, mereka tiada walaupun kami menunggu hampir sejam.

"Hari ini, saya sendiri datang untuk membuat susulan dan menawarkan sekali lagi kepada mereka untuk berpindah, tapi mereka masih menghilangkan diri," katanya dipetik Harian Metro.

Tinjauan mendapati, selain MAIM, wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, polis serta wakil Japerun Klebang turut turun padang. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "