Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gaji Besar Sebaik Habis Belajar, Ibarat Kais Pagi Makan Pagi, Betul Ke Ni Zahra - Mizan Hashri

10 Jul 2015
One Comment


Sebelum ini tersebar menjadi viral kisah seorang pelajar perundangan bernama Zahra berumur 23 tahun yang dimuatnaik oleh  Facebook Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM) yang ternyata mendapat sokongan ramai netizens terutamanya dari golongan muda.

Ramai yang memuji sikap berani dan berterus terang Zahra berucap di hadapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Muhyiddin Yassin dalam Sidang Kemuncak Ekonomi Melayu 2015 pada 1 Jun lalu.

Seperti biasa ada yang menyokong tindakan Zahra tersebut dan sebaliknya sudah pasti ada yang akan membalas dengan kritikan.

SK terjumpa satu coretan mengkritik seorang pengguna Facebook bernama Mizan Hashri di laman Facebooknya sendiri, terhadap ucapan Zahra di mana coretan lelaki berkenaan turut menjadi perhatian ramai Netizens di mana status tersebut di "Like" 694 orang, komen lebih 100+ dan "Share" pula sebanyak 290 kali.

Beliau yang bekerja di Petronas (rujukan dari Facebook) mempertikaikan umur Zahra di mana sekurang-kurangnya untuk habis belajar dari SPM untuk ijazah adalah 4 hingga 5 tahun.

Berikut adalah coretan lelaki tersebut.

Saya bukan Zahra (Nama anak saya ya, iaitu Azalia Zahra)

1. Dia kata umur dia 23 tahun dan pemegang ijazah tempatan serta sudah hampir 2 tahun bekerja. Maksudnya dia habis belajar umur 21? Universiti mana ni? Dari SPM sehingga habis pengajian ijazah, sekurang-kurangnya mengambil masa antara 4 sehingga 5 tahun.

2. Gaji besar sebaik habis belajar? Siapa yang kata ni? Umur pun baru 23 tahun. Statistik di KWSP sendiri menunjukkan sebahagian besar pencarum bergaji dibawah RM5,000. Ini yang dah kerja berpuluh tahun. Masa untuk bergaji besar akan tiba seiring dengan peningkatan kerjaya. Yang penting kerja kuat dan cari peluang di kompeni lain yang lebih baik skim pengajian dan faedahnya.

3. Ibarat kais pagi makan pagi? mengemis? Betul ke ni Zahra? real betul punya miskin ni.

4. Bila hujung bulan poket kosong baru hendak naik LRT? Entah apa dosa LRT pada dia sampai dia tak nak naik LRT setiap hari.

5. Sewa bilik RM500 dan berhimpit sampai 8 orang serumah. Maksudnya RM500 x 8 = RM4,000. Kau duduk rumah mana ni Zahra? Sudahlah hidup ibarat kais pagi makan pagi tapi ada hati nak sewa rumah RM4,000 sebulan.

6. Hutang pendidikan masih ada? biasalah. Baru habis belajar 2 tahun kan? orang yang dah habis belajar 10 tahun pun ramai yang berhutang lagi. Kau tak tau lagi hutang rumah nanti macam mana, sampai mampus nak membayarnya.

7. Kau expect apa ni Zahra? Nak harap kerajaan dan orang lain tolong? ini mentaliti tongkat. Cuba pekena cerita House of Cards, Frank Underwood kata you're entitled to nothing! Ke balik rumah sibuk tengok cerita jam 7 petang tu? Merungut sangat kerjanya ni mesti hidupnya terlalu serius dan tak pekena cerita berprestasi tinggi macam Game of Thrones. Kah kah kah.

8. Kena kahwin dengan lelaki kaya untuk keluar dari kemelut ini? Macamlah ada lelaki kaya yang nak kahwin dengan dia yang tak kompeten ni. Tau merungut je. Kalau depan Timbalan Perdana Menteri pun dia boleh merungut, apatah lagi depan suami nanti.

9. Mula-mula kata masa depan kelam lepas tu kata esok masih ada? Mana satu ni Zahra. Nampak sangat terlalu keskripan. Adakah Zahra hanya maskot dalam kempen Saya Zahra oleh Majlis Tindakan Ekonomi Melayu?

Bagaimanapun berdasarkan komen Netizens ternyata ramai tidak bersetuju dengan fakta penulisan Mizan Hashri ini.

Seorang pengguna Facebook,Akmal Xarief, mempertikaikan taraf pekerjaan Mizan dengan Zahra yang ternyata Mizan tidak merasa kesusahan yang dialami oleh ramai golongan muda berpelajaran sekarang.

Beliau menjawab "Tahun pertama gaji saya is RM1000. Dan lepas beberapa tahun baru kerja ke tempat lain, ini selari dengan point saya yang ke-2. Harap maklum. Dan 3,4 tahun pertama kehidupan saya pun perit juga."

Bagaimanapun Akmal Xarief membalas "Bile tahun pertama ko tu bro. Cube compare kan inflation rate mase tu dgn zaman skang ni?"

Seorang lagi pengguna Facebook, Mohd Redwan Sulaiman berkata "Salam bro...apa yg dikatakan zahra ni adalah utk semua generasi muda dan apa yg disampaikan oleh beliau benar belaka...skrng ni sy nk tanye apa sbnrnye yg EN Mizan mahu? Popularity? Sudah2lah....kurangkn mentality yg mcm ni...mcm ni ke melayu nk maju? Sikap suka menjatuhkan satu sama lainlah punca org melayu sukar utk maju seiring.!!" 

Satu komen pengguna Facebook,  Muhd Khidhir Izaidin yang mendapat perhatian ramai bagi menajwab apa yang dipertikaikan oleh Mizan.

" 1. Apa masalahnye abis belajar umur 21?saya pun abis degree pada umur 21 tahun

2. Sekiranya yang dah bekerja berpuluh tahun tapi gaji masih bawah RM5000, tidak kah menunjuk kan negara kita ada problem?nak sampai misi 2020?kelakar

3. Mungkin tuan tidak pernah dengar, tapi ramai owner di luar sana yang charge ikut kepala dan bukan satu rumah. Ada yang ingin mengambil keuntungan lebih dengan membuat
partition untuk tambah bilik supaya dapat duit sewa lebih. Tidak pernah dengar?kesian

4. Kalau negara di tadbir dengan baik, Insha Allah pendidikan itu percuma. Ianya bukan la mustahil. Tetapi dengan kadar boros kerajaan berbelanja, saban tahun negara menambah hutang dan bukan mengurangkan nya. Tengok sahaja General Audit, banyak lompong nye di sana sini. Pernah baca kan?

5. Merungut dan menegur pun tak paham dah? Kesian yang amat

6. Cukuplah di sini. Moga tuan dan keluarga tuan sentiasa dalam rahmat Allah.. "

Nampaknya ternyata apa yang diluahkan oleh Zahra itu sebenarnya adalah luahan yang mewakili majoriti golongan Muda di Malaysia kerana berdasarkan pemerhatian SK sendiri dari komen-komen lebih dari 90% menyokong kenyataan Zahra tersebut. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Ramai yang impikan kereta mewah..gaji yang lepas loan pun banyak yang kantoi selepas memilikinya..kini ada cara untuk mendapatkan kereta idaman tanpa bebanan yang tinggi..bulanan hanya RM500 sahaja..layari http://keretaimpian.my untuk maklumat lanjut.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "