Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kanak-kanak Dihujani Bantuan Setelah Gambarnya Belajar Di Tepi McDonalds Untuk "Pinjam" Lampu Jadi Viral

10 Jul 2015

MANILA: Setelah gambarnya mengulangkaji di atas bangku bertemankan lampu malap dari McDonald menjadi viral di media sosial, pelbagai bantuan dihulurkan oleh pelbagai pihak yang terharu dengan usaha kanak-kanak dari Filipina itu untuk belajar.

Daniel Cabrera, 9, diberikan pelbagai bantuan termasukalah dalam bentuk derma, bantuan peralatan sekolah dan juga biasiswa untuk belajar di sebuah kolej.

Ibunya, Christina Espinosa , 42, memberitahu agensi berita AFP pada Jumaat : "Kami sangat bersyukur. Saya tak tahu apa yang akan saya buat dengan kesemua rahmat (bantuan) ini".

"Kini, Daniel sudah tak perlu lagi bersusah payah untuk menyiapkan kerja sekolahnya", kata Christina Espinosa  yang bekerja sebagai pembantu kedai runcit dan pembantu rumah.

Gambar kanak-kanak itu yang kelihatan cuba "meminjam" lampu dari restoran McDonald mula disebar oleh seorang pelajar dari sebuah koleh sebulan yang lalu.

Pelajar kolej terbabit, Joyce Torrefranca, 20, memuat naik gambar itu dengan kapsyen "Kanak-kanak ini telah memberi inspirasi kepada saya".

Gambar itu dikongsi sebanyak 7,000 kali di Facebook.

Espinosa tinggal di kedai runcit mini milik bosnya bersama tiga orang anak, termasuklah Cabrera. Mereka tinggal di tempat itu sejak lima tahun lalu apabila rumah mereka hangus dijilat api dalam satu kebakaran.

Menurut Espinosa, gaji yang diperolehnya setiap hari cuma berjumlah 80 peso (RM19.20) hasil penat lelah bekerja sebagai pembantu kedai runcit dan pembantu rumah.

Espionosa menyifatkan Cabrera sebagai seorang anak yang cukup fokus dan laparkan pendidikan.

"Dia sangat rajin dan bersungguh-sungguh untuk belajar. Dia tetap degil untuk ke sekolah walaupun tidak mempunyai sebarang duit poket kerana saya tidak mempunyai wang untuk diberikan."

"Dia selalu memberitahu saya, 'Mama, saya tak mahu hidup susah sepanjang hidup, saya mahu mengejar cita-cita saya'". tambah Espionosa lagi. Cabrera bercita-cita untuk menjadi seorang polis.

Cabrera telah menjadi 'simbolik' kepada kanak-kanak miskin di bandar tersebut yang memberi alasan tidak dapat belajar kerana tidak mempunyai bekalan elektrik.

Kebanyakan kanak-kanak di sini yang senasib dengan Cabrera sudah putus  harapan untuk belajar dan ada yang bekerja sebagai peminta sedekah. - Siakapkeli.my



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "