Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

VIDEO: Pekerja Wanita Diserang Pengurus Restoran Hingga Tercampak Ke Dinding

10 Jul 2015


Satu rakaman video menunjukkan seorang pengurus kafe membelasah seorang pekerja wanita kini sedang viral di kalangan pelayar laman sosial.

Dikhabarkan pergaduhan itu berlaku di sebuah restoran Panera Bread di Manhattan, New York. 

Video berdurasi 40 saat itu menunjukkan wanita berkenaan pada mulanya ditahan oleh lelaki itu ketika dia cuba keluar dari restoran itu.

Lelaki berkenaan bertindak menyerang dan memukul wanita itu selepas mangsa membaling begnya ke lantai dan menjerit ke arah lelaki itu.


Selepas tercampak ke dinding, beberapa pekerja restoran yang lain dan beberapa pengunjung di situ segera mendapatkan waita berkenaan untuk meleraikan ketegangan.

Seorang pengguna Youtube, Midgarr yang memuatnaik video berkenaan mendakwa perbalahan bermula apabila wanita itu dibuang keluar dari restoran itu.

Pihak polis kini sedang melakukan siasatan terhadap kejadian terbabit. -Siakapkeli.my

 
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "