MELAKA: Satu langkah proaktif diperkenalkan kerajaan negeri itu apabila pengguna jalan raya dikehendaki mematuhi had kelajuan 70km/jam.
Ketua Menterinya, Datuk Seri Idris Haron berkata ia mula berkuatkuasa hari ini sehingga 26 Julai depan.
Had kelajuan itu diturunkan dari 80km/jam dan bertujuan melancarkan aliran lalu lintas sepanjang cuti perayaan Aidilfitri ini.
“Kita mewartakan had laju pada mesyuarat exco hari ini (9 Julai), yang bermaksud pengguna jalan raya boleh dikenakan saman jika mereka melanggar peraturan lalu lintas,” katanya. -Siakapkeli.my