Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

[Gambar] Langkah-Langkah Bagaimana Untuk Membuat ‘D.I.Y Portable Power Pack’, Yang Boleh Digunakan Sebagai Sumber Tenaga Di Saat Kecemasan

29 Jan 2017
No Comment

Mungkin ramai di antara kita yang sering masuk ke hutan, sama ada berkhemah, atau mendaki gunung, dan apabila bermalam, sering kali menggunakan pengcahayaan dari bara api yang dibakar berdekatan dengan tempat khemah didirikan.

Jika sudah tidak mempunyai sumber kuasa, seperti elektik, sudah pasti anda perlu berjimat dari segi penggunaan telefon, atau gajet yang perlu dicas kerana risau kehabisan bateri disaat ingin digunakan kalau ada kecemasan nanti.

Tetapi, bagaimana pula, kalau adanya sumber kuasa yang boleh dibawa ke mana-mana sahaja, kecil, tetapi mampu untuk memberikan anda sumber cahaya ketika di dalam hutan, atau terputus bekalan elektrik, akibat banjir, kerja pembaikan, atau litar pintas.

Berdasarkan perkongsian dari saudara Shairol Azhar ini, dia telah kongsikan bagaimana anda boleh membuat sendiri ‘power pack’ yang boleh dibawa ke mana sahaja.

Cara yang ditunjukkan juga terperinci, siap dengan langkah-langkah, dan alatan yang diperlukan sekali. Jom kita ikuti langkah-langkah yang dikongsikannya.


Portable power pack yang sudah siap

"Portable power pack" ni sesuai untuk kegunaan ketika melakukan aktiviti outdoor, camping, kecemasan, (blackout), apabila bekalan eletrik terputus.

Boleh mengecas hp, lampu 5w, power bank dsb. Hanya hobi dan suka suka sahaja, modal tak sampai rm200, (bergantung pada jenis bateri) 

Lepas ni mungkin nak "upgrade" bateri dan guna inverter.


1. Barang-barang yang saya guna

a.
Solar panel (4.5 watt, 18dvc max)
b. Tong pancing
c. Usb+ciggarette+voltmeter
d. Wayar
e. 2 biji bateri SLA 12v 9ah (guna bateri kereta pun bole
f. Sla battery charger
g. Solar charger controller (10 amp)
h. Fuse box
i. Plier wire stripper
j. Connecter dan fuse 15amp
Kesemua barang ni bole beli "shopping online" kerana ia agak murah berbanding di kedai


2. Buat pendawaian dahulu


3. Pilih tempat yang sesuai untuk ditebuk


4. Selesai menebuk


5. Cuba saiz untuk kesesuaian


6. Tempat meletak bateri


7. Ini solar charger controller. Wajib pakai jika menggunakan solar agar bateri SLA ni tidak "overcharging"


8. Selesai menebuk untuk cas guna solar


9. Cas solar ni saya guna ciggarette hole


10. Pendawaian selesai


11. Cuba uji untuk pastikan pendawaian yang betul


12. Lekat guna "double sided tape", SLA bateri ni bole diletakkan pelbagai sudut


13. Pendawaian agak serabut, novice bab nie


14. Antara 2 bateri saya gunakan fuse jika apa-apa terjadi, fuse blow dulu, bateri saya pasang secara pararel, untuk jadikan 12v


15. Siap!


16. Ujian pertama. Cas power bank berjaya


17. Ujian ke-2, guna solar panel. Berjaya.


18. Ujian ke-3, guna sla battery charger.


19. Lampu 5w led beli dari kedai d.i.y mampu bertahan sehingga 48jam secara berterusan, 5.1amp x 12v.. errr... failed bab letronik nie....

Moga-moga dengan perkongsian ini, anda juga boleh membuat ‘power pack’ anda sendiri, dan menggunakannya disaat kecemasan nanti. Ia boleh digunakan di mana sahaja, dan boleh dicaj dengan menggunakan cahaya matahari (solar). Jom kita mula menyelongkar alat pertukangan.

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "