Pesakit Maut Dipercayai Terjatuh Dari Tingkat 7
Ipoh: Seorang lelaki maut setelah dipercayai terjatuh dari tingkat 7 di bangunan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) hari ini kira-kira jam 2 petang.
Mangsa yang berusia 59 tahun itu dimasukkan ke hospital sejak 30 Julai berikutan penyakit kanser yang dihadapi olehnya.
Memetik laporan dari myMetro, mangsa sudah lama menghidap penyakit terbabit dan dia kini di tahap kronik.
Menurut laporan itu juga, mangsa ditempatkan di tingkat satu hospital terbabit tetapi dipercayai jatuh dari tingkat tujuh berikutan penemuan selipar mangsa di tingkat berkenaan.
"Pesakit terbabit dipercayai jatuh dari tingkat tujuh susulan penemuan selipar mangsa di tingkat berkenaan.
"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala," kata sumber memetik laporan terbabit.
Kejadian telah dimakluman kepada keluarga mangsa dan mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik HRPB. - Siakapkeli.my