Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Muhyiddin Yassin Mula Diboikot UMNO Bahagian Gara-Gara Ucapan Kontroversinya Ahad Lalu

28 Jul 2015
One Comment


RAUB: Berikutan kenyataan kontroversi yang diucapkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berucap pada majlis penutup mesyuarat UMNO Bahagian Cheras di Kuala Lumpur lalu yang mengkritik Presiden Parti membuatkan dia kini mula diboikot.

Terbaru UMNO bahagian Raub semalam telah membatalkan jemputan terhadap Timbalan Perdana Menteri itu selepas mengadakan mesyuarat tergempar di mana Muhyiddin dijadualkan akan merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian itu yang dijadualkan pada 15 Ogos ini.

Memetik laporan yang dikeluarkan oleh pihak Bernama, Ketua UMNO Bahagian Raub, Datuk Seri Shahiruddin Ab. Moin berkata, segala keputusan tersebut dibuat berdasarkan keadaan politik semasa.

“UMNO bahagian kecewa dengan tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membuat kenyataan membelakangi semangat setiakawan dan kesepaduan dalam parti.

“UMNO Raub juga kesal dengan kenyataan Muhyiddin yang boleh melunturkan semangat jentera parti dan menghakis keyakinan rakyat terhadap UMNO dan kerajaan Barisan Nasional,”katanya.

BACA: VIDEO: Jika Esok Parlimen Dibubarkan, Tidak Mungkin BN Boleh Menang - Muhyiddin

BACA: VIDEO: Makin Kita Hentam Tun, Populariti Dia Melonjak Naik Tapi BN Terus Jatuh - Timbalan Presiden UMNO

Ahad lalu, Muhyiddin dalam ucapannya telah menyatakan beliau tidak memahami apa yang berlaku dengan 1MDB dan berikutan laporan media arus perdana yang menghentam The Edge, beliau berkata jika laporan The Edge tidak betul, beritahu beliau sebenarnya apa yang betul tetapi dia tidak diberitahu sehingga sekarang.

Beliau juga dilihat tidak yakin dengan kepimpinan Najib sekarang apabila mengatakan 'kebenaran' BN akan tumbang jika pembubaran parlimen dilakukan dalam masa terdekat kerana sokongan akar umbi sudah tiada.

Muhyiddin juga dilihat lebih cenderung membela bekas Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang lantang mengkritik Najib dan menyifatkan Tun M sayang Najib, kerana itu dia mengkritik kepimpianan Perdana Menteri berkenaan.

Kenyataan Muhyiddin itu telah mendapat reaksi Pejabat Perdana Menteri dan beliau dinasihatkan supaya tidak mengeruhkan persepsi orang ramai dan menunggu hasil siasatan yang sedang dijalankan oleh Pasukan Petugas Khas dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap hal-hal yang berkait dengan 1MDB. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "