Kabinet Dijangka Akan Dirombak Dalam Masa Terdekat
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dikatakan telah menghadap Yang di-Pertuan Agong dan kebinet dijangkana akn dirombak dalam masa terdekat sejak dibentuk pada tahun 2013.
Memetik laporan Utusan Malaysia, antara menteri yang disebut-sebut terlibat dalam rombakan itu ialah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang akan diberi tanggungjawab sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia.
Abdul Rahman akan menggantikan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang akan bertukar ke potfolio lain.
Seorang lagi pemimpin daripadan Sabah akan dilantik menganggotai kabinet tetapi masih belum dapat dipastikan portfolio yang akan dipegangnya.
Selain itu, seorang timbalan menteri dikatakan akan dinaikkan pangkat kepada menteri dan sekurang-kurangnya dua muka baru akan dilantik bagi memegang jawatan timbalan menteri.
Rombakan Kabinet itu juga mengambil kira kemelut kepemimpinan MIC melibatkan Datuk Seri G. Palanivel yang kini memegang potfolio Menteri Sumber Hijau dan Alam Sekitar.
Untuk itu kuota bagi MIC mungkin akan dikosongkan sebelum perlantikan semula selepas pemilihan semula MIC pada September ini.
Bagaimanapun sumber yang rapat dengan Perdana Menteri semasa dihubungi bagi mengulas khabar angin rombakan Kabinet menjelaskan; “Spekulasi tetap spekulasi, akhirnya Perdana Menteri yang akan membuat penentuan,” - Siakapkeli.my