Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gaji, Elaun Haram Diambil Jika Sertai Gerakan Harapan Baru

25 Jul 2015


KUALA LUMPUR: Mana-mana wakil rakyat PAS yang menyertai Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) adalah haram untuk menikmati gaji ataupun elaun mereka, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.

Kata ulamak itu, ini kerana pemimpin yang berkenaan telahpun melanggar bai'ah yang dilakukan sebelum ini.   

"Saya menasihatkan pihak yang berbai’ah supaya merenung sedalam-dalamnya kehendak bai’ah itu kerana mereka berbai’ah dengan ALLAH.

"Jika berlaku khianat, mereka khianat dengan ALLAH. Lebih-lebih lagi dalam bai’ah yang menyebut soal elaun dan gaji kerana ia haram dimakan jika berlaku pelanggaran bai’ah," katanya yang dipetik Sinar Harian.

Bai'ah adalah perjanjian di antara dua pihak, dibuat sebagai janji setia untuk mengelak berlakunya penyelewengan dalam kalangan pemimpin dan ia dipraktikkan di dalam PAS setelah seseorang dilantik oleh parti untuk menjadi calon dalam pilihan raya. 

Sebelum ini, Timbalan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datu Ahmad Yakob mengesahkan kewujudan akuan bersumpah berkenaan.

"Ba'iah itu memang betul. Seperti dinyatakan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Kelantan Datuk Daud Muhammad. Perkara ini bukan main-main," petik kata Ahmad sambil menambah, akuan tersebut diguna pakai sejak 2004 lagi kepada mana-mana wakil rakyat Kelantan jika mahu meninggalkan parti Islam tersebut. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "