Di Kala Azwan Ali Dicemuh Masyarakat, Datuk Aznil Tampil Kongsi Jiwa Murni Artis Itu
Ya, masih lagi berkisar tentang Diva Azwan Ali.
Tidak mahu kritikan semakin berpanjangan, Datuk Aznil Haji Nawawi hari ini berkongsi kepada umum sisi mulia rakan baiknya itu.
"Cuba tanya, adakah kejadian yang diturunkan itu satu ujian untuk Azwan atau untuk kita yang terlibat mengutuknya? Di sepuluh malam terakhir dan sepuluh hari terakhir Ramadhan, saya haramkan anda menurunkan komen negatif pada posting ini! Doakan yang elok2 untuk sahabatku Azwan Ali agar dia dan kita dapat bertemu Lailatul Qadar yang dijanjikan Allah SWT.
"Untuk pengetahuan, Azwan lah orang yang tidak pernah lupa mendoakan Paknil, keluarga paknil dan kesihatan ibu Paknil Norbaiti bila berada di tempat mustajab di Baitullah. Ramai yang maklum keadaan ibu Paknil yang uzur sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sebelum berangkat ke tanah suci, Azwan pasti tanyakan nama penuh ibu paknil untuk diangkatkan doa di hadapan pintu Kaabah dan di Raudah. Maafkan aku juga sahabat jika aku pernah mengumpat, menyakiti dan mengasari mu. Selamat pergi dan kembali dengan kemenangan. Amin," demikian memetik posting Aznil.
Untuk pengetahuan Azwan sudah berangkat ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan ibadat umrah buat kali ke-lapan.
Menerusi beberapa posting di laman Instagramnya, Azwan memaklumkan perjalanannya ke sana dan siap tinggalkan nombor telefon untuk dihubungi untuk mengirimkan doa-doa apabila berada di Makan Rasulullah nanti.
Semoga selamat perjalanan pergi dan balik artis ini. -Siakapkeli.my
Semoga azwan dan kita semua mendapat pengajaran.. memang manusia ini ada kelemahan, tp kelemahan bukan utk di tunjukkan, ianya adalah utk di perbaiki. kita sentiasa boleh menjadi yg lebih baik, bukan utk org lain memahami diri kita saja, tp kita juga harus memahami org lain. Islam melarang berbahasa kesat. Rasulullah sendiri berkata2 dlm senyuman utk mengawal kata2nya dari sifat amarah. Wallahualam. Yg baik2 aje utk kita semua dan dipermudahkan urusan
BalasPadam